...Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup ,yang lain akan terbuka,tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama, hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita...
...Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbual bersama tanpa berkata apa-apa pun, dan berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan benar juga bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ia datang...
...Memberi seseorang seluruh cinta anda , bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali. Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, Nantikan saja ia untuk mekar di dalam hati mereka, tetapi sekiranya tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda...
...Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, tetapi ia mengambil masa setahun atau sepanjang hidup untuk melupakan seseorang...
...Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan dikejar kemewahan kerana ianya akan susut,. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hati yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum...
...Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan anda menarik, percubaan yang cukup untuk memastikan anda adalah insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang, jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia menyakitkan orang lain juga...